Saturday, January 31, 2009

Akhirnya....

Salam perjuangan buat semua..... ( ish... semua?? aku hrp akan ada lagilah org yg membaca lepas ni).....

Akhirnya ada jgak yg sudi jd follower blog ni.... thanks S. Al Hafiz... jika ada anugerah...pasti aku bg dekat dia....

Lama jgak aku tak menulis.... memang rasa tak semangat nk teruskan.... tapi tima kasih pada saudara al hafiz.... buat semangat aku kembali membara.... betol kata org.... buat apa2 kena sabag....

Ok... citer aku... Ari Khamis lepas, ada program derma darah dan pelancaran tabung kemanusiaan palestin...Alhamdulillah... dapat jugak sambutan

Antara kandungan program... ceramah bertajuk selamatkan gaza oleh aman palestin... Menarik ceramah oleh Ustaz Budiyanto Unggun dari Aman Palestin... memang menarik...Kita dapat lihat dari perspektif yang berbeza.... memng menarik... aku harap aku akan dapat jadi sukarewan aman palestin....

itu saja untuk kali ni... harap2 malam ni Manchester United menang lagi... chelsea ngan liverpool lwn, mesti seri jer....

Monday, January 19, 2009

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!
Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat
bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih
cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau
merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.
Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah
dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negaranegara
Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui
International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling
popular di dunia.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang
Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African
Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu
menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan " تعاطفا مع
غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran
masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan
disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan
desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan
bekalan.
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil
menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampurcampur
perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan
Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain
Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak
dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada
bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan
membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa
humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani
menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di
Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.
Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi
menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan
sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan tshirt
dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol
pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi
Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan
peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Thursday, January 15, 2009

Manchester United just two point to be a next leader

Man United 1
Rooney (1)

Wigan 0

14 January 2009, Old Trafford (73,917)

United moved second in the table and just two points behind league-leaders Liverpool with an important, yet unspectacular, victory against Wigan Athletic, a battle which was over no sooner than it had started thanks to a first-minute strike from Wayne Rooney.

Wednesday, January 14, 2009

UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG BERSAMA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2009

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
YAB TUAN LIM GUAN ENG
SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2009

PADA 14 JANUARI, 2008 (RABU)
DI DEWAN TUNKU GEODESIC, KOMTAR

Terima kasih saudara Pengacara Majlis.

Y.B. Tuan Mohamad Fairus bin Khairuddin,
Timbalan Ketua Menteri 1;

Y.B. Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy,
Timbalan Ketua Menteri 2;

Y.B. Dato’ Jamaludin bin Hasan,
Setiausaha Kerajaan Negeri;

Y.B.-Y.B. Exco Kerajaan Negeri;

Y.B. Dato’ Supiah binti Md Yusoff,
Pegawai Kewangan Negeri;

Y.B. Puan Faiza binti Zulkifli,
Penasihat Undang-Undang Negeri;

Ketua-Ketua Jabatan, Rakan Media dan hadirin yang saya hormati sekalian.

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini sempena Majlis Perhimpunan Bersama Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Tahun 2009. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadiri majlis tahunan Kerajaan Negeri yang serba ringkas ini. Majlis sebegini adalah satu platform yang baik di antara kami; barisan pemimpin dengan anda semua; warga perkhidmatan awam Negeri Pulau Pinang untuk memperbaharui azam dan tekad mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Kini hampir genap setahun Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Suka untuk saya mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri agar anda semua kenal lebih rapat.

1) Y.B. Tuan Mohamad Fairus bin Khairuddin,TKM 1;
2) Y.B. Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, TKM2;
3) Y.B. Chow Kon Yeow;
4) Y.B. Lim Hock Seng;
5) Y.B. Danny Law Heng Kiang;
6) Y.B. Phee Boon Poh;
7) Y.B. Wong Hon Wai;
8) Y.B. Abdul Malik Kassim;
9) Y.B. Law Choo Kiang;
10) Y.B. Ong Kok Fooi;
11) Y.B. Dato’ Jamaludin bin Hasan;
12) Y.B. Dato’ Supiah binti Md Yusoff;
13) Y.B. Puan Faiza binti Zulkifli

Inilah wajah-wajah Exco kita yang akan membantu saya dalam memastikan Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang sentiasa berada di hadapan dari segenap segi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Menyingkap prestasi keseluruhan Peruntukan Pembangunan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2008, kita dapat lihat bahawa perbelanjaan pembangunan adalah RM151,943,975.11 atau 93.49% daripada peruntukan yang diluluskan iaitu sebanyak RM162,527,330. Berikutan tahun 2009 merupakan tahun yang mencabar bagi Negeri Pulau Pinang kerana dijangkakan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan disebabkan ketidaktentuan ekonomi global kini. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah RM186,039,050 untuk Projek Pembangunan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2009. Adalah menjadi harapan saya agar Jabatan-jabatan yang terlibat bertanggungjawab bagi memastikan peruntukan tahun 2009 yang telah diluluskan dibelanjakan secara berhemat dan telus tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan yang diberi kepada rakyat keseluruhannya.

Bagi tahun 2008 juga, dengan bilangan penjawat awam seramai 3,994 orang di peringkat Jabatan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM102,302,866.08 bagi perbelanjaan mengurus keseluruhan atau RM25,614.14 bagi per kapita. Ini berbeza dengan perbelanjaan mengurus pada tahun 1990 di mana dengan seramai 3,723 orang penjawat awam, jumlah perbelanjaan mengurus per kapita adalah RM9,082.15 atau jumlah keseluruhannya sebanyak RM33,812,827.55.

Daripada statistik yang diberikan oleh Jabatan Kewangan Negeri, kita dapat lihat terdapatnya peningkatan perbelanjaan mengurus dari tahun ke tahun. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua kakitangan awam memberi perhatian terhadap pengurusan kewangan. Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa yang gagal menjalankan pengurusan kewangan yang baik, gagal melaksanakan kawalan atau pemantauan yang berkesan, tidak telus, menyeleweng atau menyalahgunakan kuasa. Kerajaan Negeri mahu setiap kakitangannya melaksanakan perbelanjaan secara berhemat apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Ini bersesuaian dengan strategi pengurusan urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang diwawarkan oleh Kerajaan Negeri.

Menyedari akan ketidaktentuan ekonomi global yang juga akan memberikan kesan negatif kepada Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif memperkenalkan polisi ”Go Malaysian First” iaitu menggalakkan semua sektor menggaji pekerja tempatan daripada pekerja asing. Ini bagi mempertahankan hak rakyat Pulau Pinang dalam memastikan pekerjaan mereka terjamin. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan kepada kontraktor-kontraktornya agar menggaji pekerja tempatan bukannya pekerja asing melainkan pekerjaan tersebut tidak mendapat sambutan daripada rakyat tempatan. Sekiranya, Kerajaan Negeri mendapati adanya pihak-pihak tertentu yang mengingkari arahan ini, kontraktor terbabit akan disenaraihitamkan. Ini selaras dengan strategi Kerajaan Negeri sendiri iaitu ”pro-job” dalam mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan Negeri ini.

Bukan itu sahaja, dalam Kerajaan Negeri berdepan dengan krisis kemelesetan ekonomi ini, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Suruhanjaya Pekerjaan yang akan diketuai oleh Dato’ Lee Kah Choon dalam memantau masalah pemberhentian pekerja. Justeru itu, dalam menghadapi kesan kemelesetan ekonomi ini, kerjasama sepasukan antara semua anggota jabatan atau agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sektor awam dan swasta amatlah perlu bagi menjamin kestabilan sosio-ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati.

Perpaduan bukanlah satu slogan kosong. Pada saya, perpaduan bererti kita ketepikan sentimen perkauman, keagamaan dan kenegerian bagi membolehkan kita memberi lebih tumpuan kepada usaha berkhidmat demi rakyat. Perpaduan di kalangan penjawat awam Negeri perlu terus diperkukuhkan bagi mengelakkan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memporak-perandakan kestabilan Kerajaan Negeri.

Ini kerana saya mendapat tahu bahawa adanya pihak tertentu di kalangan penjawat awam Negeri menggunakan kaedah berbisik tetapi berbisa dalam mengapi-apikan sentimen berbaur perkauman. Misalnya, Kerajaan yang baru ini adalah Kerajaan Cina dan akan membantu kaum Cina sahaja. Ini sama sekali tidak benar dan merupakan fitnah terbesar. Ingin saya tegaskan di sini bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat ini akan memberikan bantuan kepada rakyatnya dan penghargaan kepada kakitangannya tanpa adanya diskrimasi kaum, agama, jantina, warna kulit atau fahaman politik. Ini dapat dilihat dengan usaha kita memberikan pengiktirafan dan sumbangan kepada para huffaz, memberi rebat air RM100 kepada golongan miskin serta usaha menghapuskan miskin tegar yang tidak pernah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Bukan itu sahaja, kita juga tidak akan berkrompomi dengan mana-mana kaum sekiranya didapati individu atau organisasinya melanggar peraturan atau dasar yang ditetapkan Kerajaan Negeri. Misalnya, kita membatalkan projek PGCC yang mana pemajunya adalah berbangsa Cina kerana projek tersebut melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Oleh yang demikian, daripada membiarkan hal ini menular dan sekaligus merosakkan urustadbir Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri akan terus mendekati para penjawat awamnya serta memperhebatkan kempen-kempen yang boleh mengikis perasaan perkauman.

Mahu tidak mahu, sokong tidak sokong , sebagai penjawat awam Negeri, anda semua perlulah berkhidmat dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam melaksanakan urustadbir Kerajaan Negeri. Ini kerana seorang penjawat awam yang baik akan memberikan khidmat yang terbaik demi kepentingan orang ramai bukannya kepentingan politik. Hal ini turut dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan iaitu:-
"Dalam apa jua keadaan, anggota perkhidmatan awam perlu bertindak dengan adil dan saksama serta dengan penuh integriti untuk kepentingan orang ramai.”
Oleh itu, dengan bermulanya tahun baru, Kerajaan Negeri baru akan memberikan nafas dan harapan baru kepada para penjawat awamnya. Kerajaan Negeri tidak mahu kakitangannya taksub kepada pemimpin tetapi taat kepada keadilan daan kebenaran. Saya yakin sekiranya kita tanamkan semangat Bangsa Malaysia dengan berpayungkan prinsip 5K iaitu Keadilan, Kebebasan, Kebenaran, Kedaulatan Undang-undang dan Perlembagaan serta Ketakwaan Kepada Tuhan di dalam jiwa kita, kita akan dapat mewujudkan sebuah Kerajaan yang bersatu-padu, demokrasi, berjiwa rakyat dan beretika.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Berdasarkan data IMD World Competitiveness Yearbook 2008 yang diterbitkan dalam akhbar The Star tahun lalu, telah menunjukkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan yang kompetitif iaitu pada tangga ke 19 berbanding dengan kedudukan 23 pada tahun 2007. Tahap kompetitif Negara bukan sahaja dapat dipertingkatkan malah masih terus berada di hadapan Negara Jepun (tempat ke 22), Thailand (27) dan Korea (31). Tahap kompetitif ini diukur dari segi prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan serta kemudahan infrastuktur.

Menyedari akan hal ini, saya menyeru agar penjawat awam Negeri juga memastikan tahap kompetitif Kerajaan Negeri terus cemerlang dengan menyediakan sistem penyampaian Kerajaan Negeri kepada pelanggannya dengan lebih cekap. Kerajaan Negeri akan memastikan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan Negeri dilaksanakan secara berterusan dan konsisten bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama memberikan komitmen dan membulatkan tekad dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat dengan Cekap, Akauntabiliti dan Telus anggota perkhidmatan serta berusaha merealisasikan visi Kerajaan Negeri untuk menggerakkan transformasi menjadi sebuah Negeri bertaraf antarabangsa yang menjadi lokasi pillihan para pelabur, destinasi pilihan para pelancong dan habitat pilihan penghuni yang inginkan kehidupan mapan. Saya percaya, sebuah Kerajaan hanya akan menjadi baik seperti rakyatnya. Kepercayaan terhadap tenaga, kepakaran dan keusahawanan rakyatnya akan membolehkan Negeri Pulau Pinang berdepan dengan tahun 2009 yang mencabar ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009, Selamat Hari Pongal dan Selamat Tahun Baru Cina kepada anda semua.

Sekian, terima kasih.

Siapa Yahudi ? Siapa Orang Islam?

UTUSAN MALAYSIA 14/01/2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.
Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Monday, January 12, 2009

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Dimana Fairus...


Pulangkan TKM1 kami....


'dia lah pemimpin Melyu Pulau Pinang'


'dia lah pengerusi agama islam di Pulau Pinang'


' apa kami nak buat tanpa pemimpin "melayu no 1" di PP?'


'hadiah lumayan di sediakan'


'KEMBALIKAN SHARLINIE OOPS SILAP, KEMBALIKAN yb kami!!!

Manchester United Won!!!

Man United 3
Vidic (45), Rooney (63), Berbatov (87)

Chelsea 0


At the start of a crucial week in United’s season, the Reds issued a defiant message of intent by beating Chelsea comprehensively at Old Trafford. Nemanja Vidic, Wayne Rooney and Dimitar Berbatov scored the goals to cap a weekend where United got under the skin of both major title rivals.

Sunday, January 11, 2009

Perjuangan Kita

Salam buat semua... aku tau wat masa ni aku sorang ja yang menulis dan membaca prokon aku ni... xper.... sekurang2nya aku lega... dapat lepas geram dengan tulisan aku..

Saja ja nak menulis... Aku cuti 2 hari, Sabtu dan Ahad.. 2 hari yang takder apa2 produktiviti... tido... Ooops... semalam aku p servis keta... itu ja... Arini... bangun dah ler lewat.. tau tau dah petang ja...

Apa yang nak tulis adalah tentang rasa frust aku tak dapat nak tolong rakyat palestin... rasa sakit hati dengan israel dan yahudi.. rasa sedih sangat tengok nasib rakyat palestin di Gaza... Paper pun aku tak baca...

1 pasai sedih nak tengok duka lara di gaza... itu perang yang akan menjadikan pejuang yang gugur di Gaza sebagai seorang Shuhada... Betapa beruntungnya mereka...

Yang ke2 tentang perang jugak, tapi perang politik di P36... P- Pelestin lebih patut kita turuti dari P - P36... Ada seorang hamba Allah dari Permatang Pauh bersuara pada malam hari Penamaan Calon... " kita n ak ke Terenggnu ni mcm nak p berperanglah jugak"... aku cukup tak setuju... tak setuju sangat2... memang semangat itu yang kita perlukan bagi seorang pemuda Malaysia... Tapi sekadar untuk p meramaikan dan memberikan sokongan pada hari penamaan calon, itu bukan satu peperangan yang patut kita sertai.... Aku pun menjawab pada mamat sorang tu... "nak p perang kalu, meh aku hantag p Palestin..." takmau plak dia... takut kena bom... Peperangan dui P36 aku nampak lebih merugikan bangsa kita kita.... Jangan sampai orang lain yang mengaut keuntungan dah ler...

Oklah... itu aja... kepala otask pun blur lagi ni... monyok mengeram dalam umah ja arini...

Bintang baru bakal ke Old Trafford

11.1.09...Pengurus Man United, Sir Alex Ferguson ingin menandatangani Karim Benzema dari Olympique Lyonnais setelah mengeluarkan Carlos Teves

Liverpool tak menang

11.1.09... Liverpool terlepas peluang melebarkan kedudukan mereka di atasliga kepada enam mata setelah seri tanpa jaringan ketika menentang Stoke..

Ha ha ha... ada chance MU.... Memang Mu akan jadi champion!!!

Manchester pasti akan menang malam ini!!!

Perlawanan malam ini antara Manchester United vs Chelsial di OT...

Friday, January 9, 2009







Wahai Saudara Islam Ku Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya. "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin , hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil: Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Mungkin topik ni dah basi... tapi tadi adalah terkeluag opik ni lepas semayang jumaat... Aku takmau lah komen panjang2... aku tak tau pun cerita sebenag... apa yang aku tau ialah apa yg aku baca dalam chedet dot com tu aja... Korang nak tau... bacalah kat chedet dot kom...

Tapi aku rasa nak bercakap lah sikit... mungkin orang dah ckp benda ni... aku pun bukannya arif lagi bab blog memblog ni... Tapi aku sokong lah apa yang dibuat sekarang ni... dan Alhamdulillah kabinet dah putus untuk teruskan apa yang ada...

Bagi aku, jika nak buat kajian pun, nak ubah sesuatu benda yang melibatkan banyak benda, amiklah masa... Tok Lah pun hampa leh biag sampai 2 penggal dah...(walaupun mungkin tak habih penggal....itupun kalau jadi)... pendapat aku, kita tengok keputusan budak2 yang start dengan pembelajaran dalam English dari darjah 1... janganlah buat keputusan berdasarkan peperiksaan utama yang ada sekarang ni..... Budak2 yang baru abih peksa ni, depa belajafgg bahasa inggeris tengah jalan... benda apa pun kalu kita wat tengah jalan, mesti tak sempurna kan...

Kita tengok keputusan PMR baru2 ni pun, peratus yang menjawab dalam bahasa inggeris dah meningkat... So tunggulah sat... ini risiko yang perlu kita amik...kalau bab bangsa lain boleh advance dan pasai guna bahasa inggeris bangsa kita tak boleh nak beat, aku rasa itu bukan masalah utama.... Bangsa lain yang tak fasih bahasa melayu pun leh score subjek BM...

Bagi aku lagi... sesetengah subjek tu, lebih mudah dalam bahasa Inggeris dari Bhs Melayu... Aku bukan taksuka bhs sendiri... memang aku tak pandai bahasa inggeris pun... tapi kat ITM (bukan UiTM) dulu pun aku leh score semua subjek... Pengalaman aku sendiri... aku tak leh wat akaun dalam bhs Melayu... mesti fail.... Kalau kt SMKBM dulu, aku tak penah dapat biru dlm buku repot aku utk subjek prinsip akaun, tapi bila masuk ITM, aku jadi top scorer acc... Ini mungkin terma2 yang digunakan lebih simple dari terma2 bhs Melayu...

Memang hasil sekarang ni kita tengok tak memberangsangkan lagi, tapi insyaallah, kita tengok SPM budak2 yang dari darjah 1 lagi dah belajag dalam bahasa Inggeris...

Apa yang berlaku la ni umpama kita tanam pokok durian, baru setahun 2 tak berbuah, dah nak tebang pokok tu.... nak tanam pokok lain pulak... Sabag2 lah sat na...

Satu lagi... setiap kali tukag prgram pembelajaran... mcm2 kena tukag.... buku teks baru, kena bagi kursus2 kat cikgu2 yang rasa depa tu pandai tapi tak berapa pandai... Duit semua tu... baik duit utk tukag2 benda2 tu guna utk tambahkan lagi kelas tuisyen ka, buat kem bhs ing ka...

Selain tu... masalah sekarang ni, bukan budak2 ja... cikgu yg ada tu dah cukup ilmu ka?? kalau dok ajag matematik 1 push 1 is 2 lagi... tak payah lah berebut nak ngajag subjek2 tu... bagi kat mereka yang betol2 layak... jgn dok ligan duit elaun kritikal utk keja yang tak berapa kritikal tu... kesian kat jbtn2 lain yang buat keja kritikal tapi tak der elaun kritikal....

Itu aja kot... selamat bercuti....

Bantulah Palestine Cara Kita Yang Jauh Ni!!!

Selamatkan Palestine!!!




















Semoga Allah melindungi rakyat Palestine di Gaza!!!

Thursday, January 8, 2009

Polis, Police, Policia, polisi...

Ni citer pasai polis... Aku bukan nak kondem polis teruk2... aku rakyat Malaysia... Polis memang keja jaga keselamatan rakyat... termasuk la jgak lain2 jabatan keselamatan ... Sojar2 lagi.. tERIMA KASIH BANYAK2 SUMA ANGGOTA KESELAMATAN!

Aku jgak nak tulis ni bukan nak ubahsuai logo polis... takut sangat2... tapi nak citer la jgak... Kat Penang ni, lebih senang minta tolong/ngadu kat pegawai2 kanan polis d IPK... espcially CPO - ngan timbalan dia... yang lain.. hampeh... OCPD pun... SPU, DBD ok lah... DTL, SPS taktau lah macamana pasai tak penah berurusan... tapi OCPD SPS yg dulu tu kan dah kena transfer... Final Piala FA punya pasai... ingat lagi kan?... Takper lah itu nasib dia... bukan salah dia sorang ja... OCPD SPT... aku tak penah jumpa in person.. tapi sia2 ja aku sms bagi makluman... tak penah bejawab... sibuk wat keja kot...

Takperlah... ni citer aku p balai arini... Aku p Seb Jaya, suruh p BM, bahagian trafik katanya... tapi bagus2 budak2 seb jaya tu... ramah dan mesra... so aku pun p BM... trafik BM... bagitau cerita yang aku dah ulang 2-3 kali sebelum ni... nak jadi cerita, bukan trafik plak... kena pi kat Jenayah pulak... sekali lagi nasib baik lah depa ni bagus2... p kat bahgn jenayah.. ulang citer lagi.... aku jadi tukang karut arini... masih bernasib baik... aku dapat berurusan ngan polis2 yang bagus, ramah tamah dan mesra.... abis kat c2... kena p la IPD plak... adoi la... letih wooo... kat sana plak... jumpa IO... mula tu aku angin la jgak... sembang tak tengok muka... tapi lepas tu.. rupa2nya dia mesra dan baik ati jgak... Selesai kat IPD...

Aku balik opis... aa plak sorang ASP tu call aku... masih mesra dalam talian... so arini nasib aku baik... kalo tak baik... angin satu badan la plak... mesti polis2 suma kena hingag ngan aku...

Apa2 pun tahniah kat Dato Ayob ngan Dato Salleh.... ramai anggota dato yangberbudi bahasa (at least ngan saya).... tapi kepada Tuan Doktot di Tingkat 2, IPD SPT... ubah2 la perangai... layan lah sama sms public... Boss tuan Doktot leh layan...

Manusia........manusia.........

Hari ni mood aku spoiled dari awai pagi lagi... Aku nak p keja, tengok2 keta dah kena blok... jenuh(puas) cari owner keta yang tak pikiag orang lain tu... berjam menunggu akhirnya muncul lah jugak... sakit ati betoi... kita plak yang marah...

Apa lagi... aku pun angin jgak... keluag ler tak dak akai, bodo, buta perut... tak puas hati punya pasai dia amik cota nak pukul aku... dia ingat batan pisang ka tiang letrik... aku tak lari, lagi suruh dia pukul adala... dalam ati ""perghh... kalo swing cota tu, tak bengkak muka, tangan mau bengkak jgak la""" ... tapi buat2 berani.. anak jantan beb... tapi dia silap la.. wat samseng dalam pot aku... depan umah aku plak tu... tepi jalan dan dekat ngan market plak... lari mcmtu ja bila kawan2 aku kepochi... nak tau cerita...

itulah manusia ni... pasai hal parking ja nak menetak orang nak memukul orang... Manusia-manusia............

Abih la citer potong stim aku untuk sessi 2... sessi 1 pasal Manchester United terkalah plak ngan Derby... tapi takper... 2nd leg ada lagi... Home game plak nnt...

Wednesday, January 7, 2009

gaffer

gaffer
the best manger in the world wit the best player in the universe