Friday, January 9, 2009

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Mungkin topik ni dah basi... tapi tadi adalah terkeluag opik ni lepas semayang jumaat... Aku takmau lah komen panjang2... aku tak tau pun cerita sebenag... apa yang aku tau ialah apa yg aku baca dalam chedet dot com tu aja... Korang nak tau... bacalah kat chedet dot kom...

Tapi aku rasa nak bercakap lah sikit... mungkin orang dah ckp benda ni... aku pun bukannya arif lagi bab blog memblog ni... Tapi aku sokong lah apa yang dibuat sekarang ni... dan Alhamdulillah kabinet dah putus untuk teruskan apa yang ada...

Bagi aku, jika nak buat kajian pun, nak ubah sesuatu benda yang melibatkan banyak benda, amiklah masa... Tok Lah pun hampa leh biag sampai 2 penggal dah...(walaupun mungkin tak habih penggal....itupun kalau jadi)... pendapat aku, kita tengok keputusan budak2 yang start dengan pembelajaran dalam English dari darjah 1... janganlah buat keputusan berdasarkan peperiksaan utama yang ada sekarang ni..... Budak2 yang baru abih peksa ni, depa belajafgg bahasa inggeris tengah jalan... benda apa pun kalu kita wat tengah jalan, mesti tak sempurna kan...

Kita tengok keputusan PMR baru2 ni pun, peratus yang menjawab dalam bahasa inggeris dah meningkat... So tunggulah sat... ini risiko yang perlu kita amik...kalau bab bangsa lain boleh advance dan pasai guna bahasa inggeris bangsa kita tak boleh nak beat, aku rasa itu bukan masalah utama.... Bangsa lain yang tak fasih bahasa melayu pun leh score subjek BM...

Bagi aku lagi... sesetengah subjek tu, lebih mudah dalam bahasa Inggeris dari Bhs Melayu... Aku bukan taksuka bhs sendiri... memang aku tak pandai bahasa inggeris pun... tapi kat ITM (bukan UiTM) dulu pun aku leh score semua subjek... Pengalaman aku sendiri... aku tak leh wat akaun dalam bhs Melayu... mesti fail.... Kalau kt SMKBM dulu, aku tak penah dapat biru dlm buku repot aku utk subjek prinsip akaun, tapi bila masuk ITM, aku jadi top scorer acc... Ini mungkin terma2 yang digunakan lebih simple dari terma2 bhs Melayu...

Memang hasil sekarang ni kita tengok tak memberangsangkan lagi, tapi insyaallah, kita tengok SPM budak2 yang dari darjah 1 lagi dah belajag dalam bahasa Inggeris...

Apa yang berlaku la ni umpama kita tanam pokok durian, baru setahun 2 tak berbuah, dah nak tebang pokok tu.... nak tanam pokok lain pulak... Sabag2 lah sat na...

Satu lagi... setiap kali tukag prgram pembelajaran... mcm2 kena tukag.... buku teks baru, kena bagi kursus2 kat cikgu2 yang rasa depa tu pandai tapi tak berapa pandai... Duit semua tu... baik duit utk tukag2 benda2 tu guna utk tambahkan lagi kelas tuisyen ka, buat kem bhs ing ka...

Selain tu... masalah sekarang ni, bukan budak2 ja... cikgu yg ada tu dah cukup ilmu ka?? kalau dok ajag matematik 1 push 1 is 2 lagi... tak payah lah berebut nak ngajag subjek2 tu... bagi kat mereka yang betol2 layak... jgn dok ligan duit elaun kritikal utk keja yang tak berapa kritikal tu... kesian kat jbtn2 lain yang buat keja kritikal tapi tak der elaun kritikal....

Itu aja kot... selamat bercuti....

No comments:

Post a Comment

gaffer

gaffer
the best manger in the world wit the best player in the universe