Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!
Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat
bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih
cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau
merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.
Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah
dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negaranegara
Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui
International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling
popular di dunia.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang
Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African
Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu
menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan " تعاطفا مع
غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran
masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan
disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan
desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan
bekalan.
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil
menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampurcampur
perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan
Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain
Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak
dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada
bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan
membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa
humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani
menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di
Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.
Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi
menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan
sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan tshirt
dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol
pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi
Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan
peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.
No comments:
Post a Comment