Friday, January 29, 2010

Pengalaman Pendaftaran

Salam 1 Malaysia semua.... Insyaallah moga 1 hari nnt blog aku akan mendapat hits yg banyak... atleast sama ngan tokdet or lebih dr dia punya blog...

Kali ni aku nak smbang tentang pendaftaran dan kali pertama merasmikan diri aku sebagai student UiTM.... ITM tetap dihatiku....

Tanggal 2 Januari 2010, jam 9 malam aku mula melalui pengalaman sebagai student.. Register di DS2, tak ada signboard yang lengkap macamana nk ke tempat pendaftarn... nasib baik aku tak segan bertanya... selesai bab cari tempat pendaftaran... Masuk dlm DS2, kakitangan yang menguruskan pendaftaran , terutamanya kaunter AM228 memang frenly... so takdak lah masalah sangat.... tapi yang tak berapa best, dengan jayanya suruh p Unit Kesihatan, aku pun p, tup2 ari Sabtu kan cuti... ermmmm... p balik p balik lah jadinya....

Selesai bab register... aku pun masuk kelas... Alhamdulillah tak dak masalah sangat, Ketua Prigram pun setakat ni baik sangat.... so sepanjang hampir sebulan kat UiTM Kedah ni aku selesa... tambah2 plak Ketua Program tak banyak songeh...

Last sekali, nak bagi tau, daripada 6subjek+1 ko-ko (cerita ko-ko lain hari) aku cuma amik 4 + 1 ja... bahagianyua... cabarannya plak aku kena buktikan aku leh score.....

Tuesday, January 26, 2010

Manifesto@Pilihanraya Kampus

Salam... saja nak bercerita...sebelum kisah dari hari pendaftaran hingga kini, biag aku cita tentang demam pilihanraya.... Pilihanraya kampus untuk pilih calon MPP...

Bagi aku yang penanh terlibat dengan pilihanraya2 yang lebih besar, so taklah exited sangat.... tapi seronok la jgak tengok calon2 dan penyokong berkempen merayu undi...

Aku nak cakap ni tentang manifesto yang calon-calon bentangkan... so malam tadi aku p lah dekat dewan mini UiTM Kedah....(jiwa aku masih sayangkan ITM Arau....jika tersasul minta maaf k)....so dari 2-3 hari telah diwar2kan kepada semua pelajar Fakulti aku,Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi...jam 8.oo malam, 25 Januari 2010.

so seperti telah dilatih di ITM Arau dulu dan budaya kerja yang sebati dengan jiwa aku, by 8.00 mlm aku dah di situ.... apa yang berlaku... gelap, sunyi sepi, sorang pun takder....ish.... biag betoi.... kemudian Ketua Program tiba.... yang bestnya ketua program kena tunggu calon2 dan pelajar2 lain... Time management teruk betollll...macamana nk jadi pemimpin jika bab masa pun xleeh nak betol.... itu satulah...

Kemudian , setelah ketua program memperkenalkan calon2... tibalah giliran calon2 yang bertanding, kononnya membentangkan manifesto mereka....so untuk tidak mengecilkan hati sesiapa, aku rumuskan ajalah ucapan2 calon2 yang 4 org itu... nak bercakap pun uuhh aahhh uuhh aahhh... adress kepada pensyarah ngan ketua kursus pun tidak... itukah pemimpin....dr segi berbahas plak, adalah sorg dua yang berjaya menarik perhatian semua.. itu antara kriteria p[emimpin...

bab yang aku tak berapa setuju plak apabila ada antara calon2 tu mempertikaikan Pengawal Keselamatan.... sorang pemimpin harus menjadi ikutan dr segi peribadi, jika perkara mudah isitu menghormati mereka yang lebih tua tidak dapat dibuat, mcmana nak jadi pemimpin ni... dengan selamba "pak guard"2 sedangkan yang betolnya pengawal keselamatan...marahkan mereka yang menjalankan tugas kononnya terlalu rigid.... aku tengok keada dulu waktu zaman ITM dengan sekarang, mereka sekarang tak segarang dan serigid dulu.... pakai pi lah mcmanapun, nmpak sana sini, dedah yang tu yang nu....

Adik2 abang semua, taulah dulu lagi teruk kami di kawal, tetapi semua itu menjadikan kita lebih bertanggungjawab dalm dunia sebenar diluar sana....

itu sajalahuntuk malam ni.. ngantuk dah... assalammualaikum...

Monday, January 25, 2010

tahun 2010 azam baru ku

Assalammualaikum dan salam bahagia semua. Aku kini menjadi student UiTM Kedah...Student tertua di UiTM Kedah rasanya. Aku terbuka untuk memnulis semula apabila aku perlu melakukan tugasan yang perlu menggunkan blogspot ini.

Betapa aku sedar yang aku tidak cukup semangat untuk menjadi seperti bloger2 yang sedia ada dan dikenali. Bayangkanlah betapa lamanya aku meningalkan laman yang aku buat dengan tujuan kononnya untuk memberikan pendapat tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi ternyata aku gagal. Manchester United telah menjadi Juara EPL musim lepas... aku terlepas untuk meraikan kejayaan pasukan kesayanganku di sini. Aku juga gagal untuk berkongsi keseronokan dapat melihat pemain2 pujaanku semasa Jelah Asia MU tahun lepas...

Jadi sebagai semangat dan azam baruku, aku akan terus menulis... mungkin lebih kepada dunia kampus aku sekarang...

Kepada semua yang mungkin tidak sependapat dengan aku, apa yang aku nyatakan hanyalah pendapat peribadiku semata2 dan aku minta maaf jika mengganggu ketenteraman individu berkenaan.

gaffer

gaffer
the best manger in the world wit the best player in the universe