Monday, January 25, 2010

tahun 2010 azam baru ku

Assalammualaikum dan salam bahagia semua. Aku kini menjadi student UiTM Kedah...Student tertua di UiTM Kedah rasanya. Aku terbuka untuk memnulis semula apabila aku perlu melakukan tugasan yang perlu menggunkan blogspot ini.

Betapa aku sedar yang aku tidak cukup semangat untuk menjadi seperti bloger2 yang sedia ada dan dikenali. Bayangkanlah betapa lamanya aku meningalkan laman yang aku buat dengan tujuan kononnya untuk memberikan pendapat tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi ternyata aku gagal. Manchester United telah menjadi Juara EPL musim lepas... aku terlepas untuk meraikan kejayaan pasukan kesayanganku di sini. Aku juga gagal untuk berkongsi keseronokan dapat melihat pemain2 pujaanku semasa Jelah Asia MU tahun lepas...

Jadi sebagai semangat dan azam baruku, aku akan terus menulis... mungkin lebih kepada dunia kampus aku sekarang...

Kepada semua yang mungkin tidak sependapat dengan aku, apa yang aku nyatakan hanyalah pendapat peribadiku semata2 dan aku minta maaf jika mengganggu ketenteraman individu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

gaffer

gaffer
the best manger in the world wit the best player in the universe